ViralTweet.blogspot.my – Lelaki dan wanita memang sama-sama tertarik pada hal-hal yang visual. Tapi, menurut buku Why Men DoAlign Leftn’t Listen and Women Cant Read Maps karangan Allan dan Barbara Pearce, ada beberapa perbezaan antara mata wanita dengan mata lelaki. Ini berkaitan dengan biologi dan kebiasaan yang berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu. Perhatikan perbezaannya seperti dibawah.
1. Pandangan wanita lebih melebar, pandangan lelaki lebih tajam
Lelaki sering ingin melihat lagi wanita lain yang lalu di sebelahnya. Padahal, wanita juga sering mengagumi lelaki tampan yang kebetulan melintas. Bezanya, wanita tidak perlu menoleh kerana jangkauan pandangan wanita lebih dari 180 darjah. Ini kerana mata wanita mempunyai lebih banyak jenis kon dalam retinanya.
Mata lelaki ukurannya lebih besar dari mata wanita, dan otak menyusunnya seperti sebuah terowong. Ertinya, lelaki boleh melihat lebih jelas, lebih tepat, dan lebih jauh berbanding wanita. Seperti teropong....
2. Lelaki lebih boleh melihat di dalam gelap
Setelah malam, lebih baik jangan serahkan tugas getir kepada wanita. Ini kerana, lelaki memang lebih mahir melihat di dalam gelap berbanding wanita. Apalagi, lelaki juga mempunyai kemampuan istimewa yang lebih baik pada otak kanannya.
Sebaliknya, wanita biasanya sukar melihat jarak jauh di dalam gelap. Kemampuan ruang yang terbatas juga buat sebahagian besar wanita sukar menentukan arah laju kenderaan lain di malam hari.
3. Mata wanita boleh melihat lebih banyak
Sejak ribuan tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk berburu. Kita harus boleh melihat banyak hal dalam kawasan yang sempit. Otak kita secara automatik menyempitkan penglihatan kita supaya boleh menumpukan perhatian pada satu hal yang khusus, misalnya binatang buruan.
Pada wanita tidak seperti itu. Sebagai spesies yang terbiasa bertugas melindungi sarang atau tempat tinggal, otak wanita pun terprogram untuk mengolah semua informasi visual yang masuk di skop yang lebih luas. Inilah kenapa wanita lebih susah mencari barang hilang berbanding lelaki, kerana otaknya boleh memproses lebih banyak “gambar” dalam satu masa berbanding lelaki.
LUCU ke....huhu...